Dah lama saya tak membuka blog ni.Tetiba ajer ari ni saya rasa rindu pada blog Kedai Magika.. Ini kerana saya dihambat dengan pelbagai tugasan hakiki sebagai pengajar sepenuh masa. Lagipun saya baharu bertukar kepada jabatan baru sebagai pengajar kejuruteraan elektrik. Selain itu saya adalah guru penasihat bagi pelajar semester 1. Ya Allah memang banyak keje sungguh, tapi sebagai pengajar saya mesti melaksanakan tanggungjawab ini sebaik2nya dan bersungguh2. Saya masih tercari2 masa utk mengatur semula perjalanan perniagaan saya ini. Diharapkan saya dapat mengaturkan jadual dengan lebih baik selepas raya Aidilfitri.
Di samping itu, semester baru pengajian saya bakal bermula selepas Aidilfitri ini. Diharapkan saya dapat menghabiskan pengajian ijazah saya pada tahun 2014. Ini kerana saya amat berharap 2015 adalah tahun saya dan suami berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan cahaya mata. Saya juga ingin menunaikan umrah pada tahun 2015 bersama2 suami, mak,abah dan adik2 saya. Semoga impian ini terlaksana dan saya dapat menunaikan ibadah umrah di Mekah dengan tenang dan menikmati kebahagiaan beribadah di rumah ALLAH. Insha ALLAH.
Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat dan nikmat kepada saudara dan saudari sekalian. Sesungguhnnya segala nikmat dan rahmat adalah daripadaNYA. Amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan