![]() |
| Sekadar hiasan. Pemandu yang memotong pagi tadi membawa kereta BWM tapi tak pandai nak kawal kereta. |
Bagi mereka yang memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan, saya juga amat berharap anda dapat memastikan yang haiwan peliharaan anda tidak mengganggu lalu-lintas jalan raya. Jangan pula menganggap saya orang Islam maka saya membenci anjing. Itu adalah kenyataan yang salah. Sememangnya anjing adalah haiwan peliharaan yang manja dan setia kepada tuannya. Sesungguhnya haiwan seperti ini perlu dibelai dan dibawa keluar untuk menikmati udara segar terutamanya pada waktu pagi, cuma bolehkan anda membawanya bersiar-siar di kawasan tanah lapang atau padang yang menghijau yang jauh daripada jalan raya?
![]() |
| Inilah jenis anak anjing yang hampir dilanggar pagi tadi. Comelkan? |
Selain itu, saya juga berasa marah akan tindakan sesetengah peniaga makanan yang menaikkan harga jualan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan negatif kepada orang lain. Bayangkanlah makanan tengahari untuk 2 orang berharga RM 30++ dan harga nasi berlauk saya berharga RM 22 dan harga nasi berlauk yang suami saya makan RM 5.50, belum dicampur dengan air minuman lagi. Yang membuat saya terkejut, 1/2 ekor badan sotong dan 1 ekor udang yang sederhana besar berharga RM 12. Manakala 3 biji kepada sotong dan 1 ketul ayam berharga RM 5.50. Astaghfirullahalazim.
![]() |
| Ni kedai makan yang saya singgah tengahari tadi |
Saya hanya mendiamkan diri apabila mendengar penjelasan yang diminta oleh suami untuk setiap harga makanan yang kami makan. Saya juga berkata kepada suami, "Saya juga berniaga abang. Bayangkanlah mereka yang mempunyai keluarga yang ramai atau pelancong luar yang datang ke Melaka, mesti terkejut dengan harga yang diberikan. Ini bukan KL,JB atau Penang nak letak harga macam tu. Lebih baik kita makan kat Nasi Arab Dima, berbaloi dengan harga, siap boleh bawak balik baki lagi. Dengan harga macam tu, lebih baik saya sendiri masak kat rumah, boleh beli lagi banyak dan buat barbeque." Menyesal saya pergi ke kedai tersebut. Inilah akibatnya apabila dapat masuk TV JJCM, harga pun melambung macam restoran antarabangsa pulak".
Bagi saya, emua orang yang berniaga pasti inginkan keuntungan, tetapi kena ingat bukan keuntungan dunia sahaja yang kita ingin perolehi, malah keuntungan di akhirat itulah yang paling utama. Berniaga bukan untuk keuntungan diri sendiri sahaja tetapi melakukan amal jariah di samping membantu orang lain supaya sama-sama menikmati nikmat dunia yang ALLAH berikan".
Semoga peniaga yang lain beringat akan tujuan utama menjadikan kita khalifah di bumi ini. Amin...



Kedai ni eh?.layanan tak berapa bagus la..lepas tu bising dgn bunyi pingggan +suara pekerja..
BalasPadam