Oh, lupa saya ingin maklumkan kepada semua yang saya adalah pelajar jarak jauh (PJJ) di SPACE UTM Jln Semarak. Tahun 2014 merupakan tahun akhir pengajian saya di dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Semestinya anda tertanya-tanya macamana saya boleh meminati perniagaan padahal saya adalah pelajar kejuruteraan. Sebenarnya, saya meminati kedua-dua bidang tersebut. Bagaimanakah ia bermula?
Saya mengenali dunia perniagaan sejak saya kecil lagi di mana semasa saya berada di sekolah rendah, saya akan menjual kuih cakar ayam yang dibuat oleh mak saya. Ini kerana pada masa itu, kehidupan kami sekeluarga agak susah. Bagi menampung belanja harian dan sebagai duit simpanan saya, maka mak akan menyediakan kuih cakar ayam setiap hari untuk dijual. Hasil jualan akan diberikan kepada mak saya dan upah bagi kerja menjual tersebut akan disimpan di dalam tabung.
Adakah anda kenal kuih cakar ayam? Ia adalah sejenis kuih yang manis dan berwarna coklat atau hitam gelap kerana disira dengan gula melaka. Rasanya sungguh sedap. Terasa rindu pulak dengan kuih cakar ayam buatan air tangan mak saya.
![]() |
| Inilah kuih cakar ayam |
![]() |
| Inilah kerjaya hakiki saya. |
![]() |
| fesyen pakaian muslimah |
Kenapa saya memilih fesyen? Ini kerana saya amat berharap:
- rekaan yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa saya iaitu rekaan yang sederhana, ringkas, elegan dan yang paling penting ia murah.
- ia memenuhi ciri-ciri muslimah solehah dan menggabungkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
- ia juga boleh dipakai bukan sahaja untuk masyarakat Islam tetapi untuk mereka yang bukan beragama Islam kerana berfesyen bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi lebih kepada menjaga maruah dan meningkatkan keyakinan diri sendiri.
Namun begitu, saya masih cuba untuk menguruskan masa dengan sebaik-baiknya supaya semua urusan yang saya lakukan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, saya amat berharap yang hasil rekaan saya ini dapat dinikmati bersama-sama dengan anda semua. InshaALLAH.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan