Isnin, 7 Oktober 2013

Timah tertipu..bukan tipah tertipu yer..

Tiba-tiba saya ingin mencoretkan sesuatu di blog Kedai Magika. Saya ingin bercerita pengalaman pertama saya sebagai peniaga. Nak tahu ke?

Kenangan ini tidak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Kenapa yer? Ini kerana ia merupakan pengalaman pertama saya ditipu ketika berurusan dengan pembekal. Nak saya teruskan citer ni?

Hehehehe..saje nak suspen kan anda semua.. Sebenarnya, produk pertama yang saya mula buat jualan ialah tshirt muslimah daripada Indonesia. Alhamdulillah, jualan memberansangkan walaupun masih ada sedikit stok yang masih belum dijual. Pembekal saya ini bernama Bu Ratih. Sememangnya senang untuk saya berurusan dengan mereka kerana urusniaga tersebut sangat telus dan mudah. Walaupun jarak memisahkan kami, tetapi kualiti tshirt yang diberikan amat berkualiti dan memuaskan hati saya dan pelanggan. Tapi, buat masa sekarang saya tak dapat meneruskan urusniaga dengan Bu Ratih lagi disebabkan kos penghantaran yang mahal dan caj tambahan yang dikenakan oleh kastam daripada kedua-dua buah negara.

Selesai pun urusniaga yang pertama..Tiba pula urusniaga yang kedua. Urusniaga ini adalah antara saya dengan pembekal melayu. Saya tertarik dengan promosi jualan baju kurung manik yang murah di mana saya hanya perlu membayar RM 30 sahaja untuk sehelai baju kurung. Untuk itu, saya membuat bayaran sebanyak RM1200 untuk 40helai baju kurung manik tersebut berharap yang pakaian akan tiba dalam masa seminggu seperti yang dijanjikan. Namun begitu, janji tinggal janji ajerlah..Akhirnya saya tertipu.. Maka, timah tertipu jua.. bukannya tipah yang tertipu..


Sememangnya saya marah sangat pada masa itu, maka saya telah membuat laporan polis dan war-warkan di facebook. Sememangnya pembekal itu lesap begitu sahaja.. Tetapi Allah Maha Kaya, selepas beberapa bulan ada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai kawan baik kepada pembekal ini. Dia memberitahu dia akan menggantikan wang saya semula tetapi saya perlu membatalkan laporan polis yang telah saya buat. Saya tanya, "kenapa saya perlu berbuat begitu?" Wanita ini pun memberitahu saya bahawa pembekal yang saya berurusan itu telah menggunakan nama dan akaunnya untuk menjalankan urusniaga tersebut. Untuk itu, dia takut yang dia akan ditangkap polis disebabkan perbuatan kawannya itu. Maka dis sanggup menggantikan wang tersebut. Tentang dia dan kawannya itu, biarlah mereka selesaikan sendiri.

Maka, saya membuat perjanjian dengannya yang saya hanya akan menarik balik laporan polis setelah bayaran RM 1200 itu dipulangkan semula. Alhamdulillah, selesai sahaja saya terima semula wang tersebut, saya terus ke balai polis dan menarik balik laporan yang telah dibuat.

Itulah pengalaman pertama saya ditipu oleh pembekal dalam urusniaga. Namun begitu, yang menyakitkan hati saya ialah pembekal itu adalah orang Melayu yang sepatutnya berpegang pada janji dan ajaran agama Islam.
Tapi apakan daya apabila wang dan nafsu mengaburi pandangan dan pertimbangan menyebabkan mereka terlupa dengan balasan Allah. Ini baru pengalaman saya yang pertama dalam bidang perniagaan. InshaALLAH saya akan berkongsi pengalaman-pengalaman saya yang lain di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan