Sebenarnya, beberapa bulan yang lalu saya tidak menjalankan perniagaan online kerana pada masa tu saya berasa agak terganggu kerana tiada jualan dapat dilakukan dan saya mengambil tindakan untuk berehat daripada dunia perniagaan buat sementara waktu bagi mencari semula jati diri sebagai usahawan. Alhamdulillah saya ketemuinya semula selepas menghadiri seminar Dr Azizan di MITC yang bertajuk "Magnet Kejayaan dan Kekayaan". Saya berasa amat bersyukur pada Allah s.w.t. walaupun pada masa tersebut pelbagai halangan melanda diri saya terutamanya kedudukan rumahtangga yang tidak stabil, pengurusan masa yang kurang baik di mana saya tidak dapat membahagikan dengan betul antara tugas hakiki sebagai pengajar dan peniaga, serta kurangnya sokongan daripada ahli keluarga untuk maju dalam bidang perniagaan (tetapi mereka menyokong saya 100% semasa saya mengalami krisis rumahtangga) dan saya mengalami masalah kewangan yang teruk untuk mengawal perbelanjaan rumahtangga dan tambahan perbelanjaan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dan bermacam2 lagi dugaan yang menimpa diri saya.
Alhamdulillah, saya juga kembali mendekatkan diri kepada Ilahi dengan lebih baik lagi dan mencari di mana silap dan kekurangan diri saya yang perlu dibaiki supaya kehidupan saya kembali stabil. kadang-kala ujian yang Allah berikan kepada diri kita menunjukkan Dia amat menyayangi diri kita dan ingin kita menjadi hambaNya yang lebih baik. Sesungguhnya itulah yang dapat saya pelajari dan perbaiki kelemahan diri supaya saya lebih sabar, tabah dan jangan mudah berputus asa.Yang paling penting ialah redha dengan ketentuanNya dan jangan meletakkan target yang terlalu tinggi sehingga tidak dapat digapai oleh diri sendiri. Ia juga mengajar saya supaya dapat mengawal emosi dan mengahadapi tekanan dengan baik walaupun diri kita merasakan sudah tidak mampu untuk menahannya dan ingin memberhentikannya dengan cara yang salah. Iktibarnya, selalulah membaca Al-Qur'an dan Ma'thurat kerana anda akan dapat menemui sendiri kekuatan diri yang tidak akan dapat ditonjolkan di hadapan orang lain melainkan Allah.Saya juga belajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dengan membaca buku berkaitan dengan perniagaan dan pengurusan kewangan seperti Rich Dad & Poor Dad by Robert Kyosaki, buku keluaran Dr Azizan iaitu Magnet Kejayaan dan Kekayaan, buku motivasi seperti Mudahnya menjemput rezeki dan Law of Universal Attraction dan lain-lain. Sesungguhnya ilmu yang Allah kurniakan terbentang luas untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh kita sebagai hambaNya. Melalui buku-buku tersebut membantu saya membaiki kedudukan kewangan saya dan membina motivasi dalam diri supaya dapat mengharungi dugaan yang sedang saya hadapi dalam keadaan yang terkawal serta mencari idea untuk memulakan semula perniagaan dan berani menghadapi risiko di dalam bidang ini.
Semoga pengalaman yang saya peroleh sepanjang tahun 2013 ini dapat mengukuhkan lagi kesungguhan saya dalam menerajui perniagaan saya ini. Diharapkan dalam tempoh 2 tahun lagi saya akan mempunyai kewangan dan perniagaan yang kukuh serta rumahtangga saya dalam keadaan harmoni sepanjang masa. InshaALLAH.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan